Sejak beberapa hari lepas saya ada juga membaca beberapa perkongsian di Berita online, Facebook, Twitter dan blog berkenaan bunyi aneh, pelik, ganjil dan dasyat di langit (Strange Sounds In The Sky)
yang turut kedengaran di beberapa tempat dan menjadi fenomena global
masa kini. Di Malaysia, suara aneh ini juga turut didengar oleh penduduk
di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari 2012.
Semalam, Timbalan Menteri, Datuk
Fadillah Yusuf berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mahu
mengumpul rakaman audio bunyi yang berupa aneh di langit yang didengar
oleh penduduk Kota Samarahan, Sarawak.
Kementerian itu sedang mengumpul seberapa banyak “bukti” yang mungkin
berlaku pelik supaya ia boleh mengemukakan laporannya kepada Agensi
Angkasa Negara (Angkasa) untuk siasatan lanjut kerana insiden ini tidak
boleh dipandang ringan.
Berdasarkan beberapa artikel yang saya
baca, bunyi-bunyi aneh ini masih menjadi misteri besar kerana belum ada
mana-mana pihak yang dapat memberikan penjelasan tepat walaupun
masing-masing mengemukakan teori mengenainya. Sesetengah orang
menganggap bunyi aneh di langit ini sebagai fenomena alam biasa tetapi
jarang berlaku. Ada yang sekadar memanggilnya sebagai “bunyi dahsyat” (apocalyptic sounds).
Tidak kurang juga yang beranggapan ia adalah salah satu petanda bencana
besar (kiamat). Bagaimanapun bagi orang yang mendengar sendiri bunyi
tersebut, mereka hanya mampu memberitahu bahawa bunyi-bunyi berkenaan
hampir-hampir seperti gegaran kereta api, dentuman sonik atau trumpet.
Sesetengah saintis berpendapat bunyi-bunyi yang pelik di langit ini mungkin terhasil semasa kerja memecah batu atau proses “fracking”
(satu prosedur di mana pelombong menyuntik cecair dalam retakan/lubang
batuan untuk memaksa batuan terus terbuka bagi mempercepatkan proses
pengeluaran gas bertekanan tinggi). Proses ini biasanya menghasilkan
bunyi bising. Walau bagaimanapun teori saintis ini mungkin tidak boleh
diterima di sesetengah tempat kerana insiden bunyi aneh ini dirakamkan
di seluruh dunia yang sesetengahnya tidak terdapat aktiviti yang
disebutkan.
Terdapat juga teori menyebut bunyi aneh di langit berlaku disebabkan fenomena alam. Beberapa yang disebut termasuklah:
- Kesan gerakan kerak bumi. Ada kemungkinan plat tektonik di sepanjang lingkaran api “Ring of Fire” menjadi lebih aktif dan aktiviti gunung berapi serta gempa bumi telah meningkat. Pergerakan yang berlaku di kerak bumi akhirnya menghasilkan bunyi aneh yang seolah-olah kedengaran di langit.
- Hujan Meteor: Bunyi aneh berkenaan disebabkan hujan Meteor kerana saintis menjangkakan akan berlaku hujan Meteor yang kerap sepanjang tahun 2012 dan 2013. Bagaimanapun teori ini juga diperdebatkan dan tiada bukti jelas hujan meteor menjadi penyebab bunyi aneh berkenaan.
- Medan Magnet: Sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa perubahan pelik pada medan magnet bumi. Faktor ini juga perlu dikaji lebih lanjut.
Pandangan lain pula menyatakan bahawa bunyi-bunyi itu terhasil disebabkan oleh (High Frequency Active Auroral Research Program)
HAARP atau senjata tenaga yang diarahkan. Jika teori ini benar, ia
mungkin dapat menjelaskan mengapa bunyi didengar di seluruh planet ini.
Tetapi kebenaran adalah bahawa pengetahuan kami mengenai senjata HAARP
dan tenaga diarahkan agak terhad. Kerajaan-kerajaan dunia tidak
benar-benar ingin bercakap mengenai topik-topik. Jadi, jika senjata
HAARP atau tenaga diarahkan menyebabkan bunyi-bunyi aneh ini, mereka
tidak boleh memberitahu kita mengenainya.
Satu lagi teori yang sangat popular
adalah bahawa UFO (piring terbang) menyebabkan bunyi-bunyi aneh.
Sesetengah penyelidik UFO telah mencadangkan bahawa orang ramai yang
tidak hanya mendengar bunyi-bunyi aneh ini dengan telinga mereka, tetapi
mereka juga tinggal “dalam kepala mereka” selepas itu. Jadi mungkin
terdapat unsur paranormal pada bunyi pelik yang didengar. (Malaysia juga
pernah gempar dengan dakwaan ada orang merakamkan kejadian UFO di Tuaran – Kota Kinabalu, Sabah).
Tidak terkecuali juga ramalan Kaum Maya
(Mayan) yang terdapat pada Kalender Maya turut dikaitkan dengan kejadian
ini. Ramai di seluruh dunia turut mempercayai ramalan bahawa tahun 2012
adalah tahun pengakhiran bagi bumi atau dengan kata lain akan berlaku
kiamat. Justeru bunyi-bunyi aneh ini adalah petunjuk atau tanda-tanda
bahawa peristiwa kiamat mula berlaku.
Penjelasan di atas adalah sebahagian
daripada teori dan pandangan yang dikemukakan berkenaan bunyi aneh di
langit yang kini menjadi fenomena global. Ingin saya ingatkan, artikel
ini hanyalah sebagai sumber bacaan dan bukannya sebagai penjelasan
kepada bunyi-bunyi aneh yang dimaksudkan. Ia juga tidak semesti
menggambarkan pendapat saya sendiri. Pembaca dialu-alukan mengemukakan
pandangan tentang fenomena ini. Sementara kita mendapat penjelasan tepat
tentang misteri ini, berikut saya kongsikan pautan audio/visual bunyi
pelik berkenaan yang sempat dirakamkan Kota Samarahan, Sarawak dan di
beberapa tempat lain di dunia.
#1 Alberta, Canada
#2 Tennessee
#3 Budapest, Hungary
#4 The Czech Republic
#5 Aalborg, Denmark
#6 Sweden
#7 Costa Rica
#8 Colorado
#9 Another One From Colorado
#10 Virginia
#11 Montreal, Canada
#12 Nottingham, England
#13 Viborg, Denmark
#14 France
#15 Kiev
#16 Ontario, Canada
#17 Manitoba, Canada
#18 Indiana
Satu perkara yang perlu diingat bahawa
kebanyakan bunyi pelik didengar di hemisfera utara. Adakah ia mempunyai
kaitan dengan ribut solar yang berlaku baru-baru ini?